Isnin, 22 Ogos 2011

80 ANAK YATIM TERSENYUM DAPAT BELI PAKAIAN BARU: PUTERI ZON 2

Oleh: Yap Siong Han
TATKALA semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama bergembira menyambut bulan Ramadhan dan ketibaan Hari Raya Aidil Fitri, semestinya mereka yang kurang upaya, anak-anak yatim dan warga emas akan mengalirkan air mata serta merenung nasib malang yang menimpa kehidupan mereka.Kebaikan dan simpati ditagih daripada mereka untuk meneruskan kehidupan yang gembira seperti mereka yang lain.

Untuk ini, satu program membeli belah sempena Hari Raya bersama anak yatim dilangsungkan di GIANT Kolombong. Program ini dianjurkan oleh Puteri UMNO Zon 2 dengan kerjasama Pusat Zakat Sabah membaa anak yatim membeli belah.
Ketua menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman mengetuai rombongan dan diiringi ketua Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin serta ketua Puteri UMNO Sabah serta ketua-ketua Puteri UMNO bahagian Zon 2 (Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang dan Putatan)

Musa berkata, program sedemikian boleh memberikan semangat dan peluang kepada anak-anak yatim menikmati suasana kegembiraan perayaan hari raya ditambah dengan sumbangan yang diberikan oleh Pusat Zakat Sabah serta bantuan Puteri UMNO Sabah.
“keprihatinan ini dapat membuatkan mereka yang kurang bernasib baik ini tidak  berapa kecewa walauapun tanpa ibu bapa di sisi mereka dan ini adalah cara Puteri mendekati anak yatim dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini”

“ia juga mendatangkan perasaan gembira dalam kalangan kanak-kanak. Ini kerana membeli baju, kasut, songkok serta keperluan lain yang baru” katanya kepada pemberita kelmarin.
Musa berkata, program itu dijalankan serentak seluruh bahagian di mana dapat dilihat Puteri UMNO Zon 2 yang terdiri daripada bagian Kota Kinabalu, Sepanggar, putatan dan penampang masing-masing membawa 20 orang nak yatim dari kawasan mereka.

Setiap seorang kanak-kanak ini akan menerima duit membeli belah sebanyak RM100 dan duit raya sebanyak RM50.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan