Isnin, 22 Ogos 2011

PUTERI UMNO LIBARAN BAWA ANAK ANAK YATIM ' BERSHOPPING' RAYA

oleh : noorasvilla muhamma

SANDAKAN: Seramai 30 orang anak yatim telah diraih dalam program shopping Raya anjuran Pergerakan Puteri UMNO Libaran di Pasaraya Fesyen Seri Intan Bandaf Sandakan .

Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Suharni Mahamudin berkata program berkenaan bertujuan berkongsi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama kanakkanak yang kurang bernasib baik.

katanya, menerusi program itu juga, kanak kanak tidak akan berasa tersisih berikutan sudah menjadi tanggungjawab dalam hidup bermasyarakat untuk saling membantu kepada yang memerlukan.

" sudah menjadi tradisi tahunan bagi Puteri UMNO Libaran untuk membangu seadanya golongan ini. Sumbangan itu berupa pwrbelanjaan membeli kelengkapan peribadi seperti baju, kasut dan tudung.

" kami juga ingin melahirkan penghargaan  kepada Pengurus Fesyen Seri Intan Sabah Chan Kah Choon bersama kakitangannya yang bukan sahaja banyak membangu melancarkan program ini, malah turut menyediakan tawaran diskaun istimewa," katanya ketika ditemui pada program yersebut.

Tambahnya, kesemua kanak kanak berusia lingkungan 3 hingga 12 tahun itu dikenalpasti sendiri oleh jawatankuasa Puteri Libaran memandangkan daerahnini tidak mempunyai pusat jagaan anak anak yatim yang khusus.

Daripada jumlah ktu, 12 kanak kanak menrima banguan daripada Pusat Zakat Sabah, 4 orang lavi daripada Pergerakan Puteri uMNO Sabah semebtara sekebihnya dibiayai sendiri oleh Puteri Libaran.

Menurut Suharni program beekenaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa sebagai salah satu inisiatif mereka dalam membangu golongan yang kurang bernasib baik.

1 ulasan: