Sebak si ibu apabila effa beri perhatian kepadanya. |
Tuaran 20hb Ogos 2011. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tuaran seperti bahagian-bahagian yang lain, tidak mahu membiarkan masyarakat yang memerlukan perhatian sempena menyambut Hari Raya yang bakal tiba. Telah melaksanakan Program Ziarah Kasih Ramadhan Puteri UMNO Bahagian Tuaran melibatkan 30 buah rumah sekitar Kampung Kupang Berugis Tuaran. Ziarah Ramadhan ini disesuaikan selaras dengan ziarah kasih Puteri UMNO.
Memberi dan menyumbang sesuatu walaupun sedikit kepada yang sangat memerlukan sangat besar harganya berbanding membantu mereka yang berkemampuan, kerana mereka tidak akan menghargainya. Itulah pandangan Effaridun Ismail dalam memilih mereka yang dikunjungi. Ada waktunya, kunjungan mereka ke rumah dipilih, disambut dengan tangisan bersyukur kerana sentuhan golongan belia sangat memberi perhatian.Effaridun bersama jawatankuasa Pergerakan puteri UMNO Bahagian Tuaran menyatakan bahawa pemilihan melaksanakan program Ziarah Ramadhn ini lebih mendekatkan diri kepada masyarakat yang memerlukan bantuan . Apa lagi, Aidil Fitri yang menjelang tiba, biar Raya Aidil Fitri tahun ini lebih bermakna buat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan