Rabu, 17 Ogos 2011

ZIARAH KASIH RAMADAN PUTERI KOTA MARUDU BANTU ORANG MISKIN

Kota Marudu : 13 Ogos 2011. Sempena Ramadan ini banyak pihak yang
mengambil berkat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang
kurang kemampuan.

Bagi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu, menghulurkan bantuan
sepanjang bulan Ramadan bukanlah perkara baru.

Bantuan berbentuk keperluan asas seperti beras, kopi, tepung, susu,
gula dan biskut telah dimulakan sejak tiga tahun lalu menerusi program
Ziarah Ramadan.

Menurut Ketua Puteri UMNO Kota Marudu, Redonah Bahanda, tahun ini
beberapa Program Ziarah Kasih Ramadan khusus untuk orang kurang upaya
(OKU), warga emas dan fakir miskin telah dikenal pasti untuk menerima
bantuan tersebut.

Untuk menjayakan program yang sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka
yang kurang bernasib baik itu, Puteri UMNO Kota Marudu telah
menjalankan aktiviti turun padang sambil mengenal pasti permalahan di
peringkat akar umbi.

"Ini adalah program tahunan dan ia telah dimulakan sejak tiga tahun
lalu dan tahun ini kami mempergiatkan Program Ziarah Kasih dan
beberapa program kebajikan dan kemasyarakatan.

"Program ini bertujuan untuk menyedarkan golongan muda agar sentiasa
mengingati warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan," katanya
semasa majlis Program Ziarah Ramadan di Kampung Bengkongan, Kota
Marudu

Jelasnya penganjuran program itu juga bertujuan membantu kerajaan
merealisasikan hasrat untuk mengurangkan kemiskinan tegar dalam
kalangan masyarakat setempat.

Menurut Redonah program kali ini menyaksikan rombongan Pemuda akan
menziarah terus ke rumah penerima berbanding tahun-tahun sebelum ini
yang mana mereka dikumpulkan di dewan atau balai raya.

"Kali ini kita perlu ke rumah mereka. Dengan cara begini, kita boleh
merasai dengan lebih mendalam tentang kesusahan yang dialami apabila
melihat kehidupan mereka.

"Program ini bertujuan menyedarkan golongan muda supaya sentiasa
mengingati warga emas dan mereka yang kurang kemampuan," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan