Isnin, 15 Ogos 2011

BINGKISAN POTRET MAJLIS BERSAMA ANAK YATIM DI RUMAH ANAK YATIM AL-AMAN BEAUFORT

15HB Ogos. BEAUFORT. Pergerakan Puteri UMNO Sabah bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian- bahagian di bawah zon 3 telah menjaya program tahunan , memasak dan mengagihkan bubur lambuk.  Program ini diadakan di Rumah Anak Yatim Al-Aman , Bingkul Beaufort.

Majlis ini dirasmikan oleh YA Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada sebelah petangnya. Majlis perasmian ini dimulakan dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Imam Muda Ali Khairuddin diikuti sumbangan YB Datuk Rosnah berupa wang raya kepada anak-anak yatim Rumah Yatim Al-Aman serta sumbangan daripada ketua-ketua Puteri Bahagian-bahagian Zon 3 berupa barangan makanan untuk rumah anak yatim tersebut.

Dalam ucapan Ketua Pergerakan puteri UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri di kemnterian kesihatan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Papar, beliau menyatakan rasa bangganya dengan peningkatan yang cemerlang dilaksanakan oleh Pergerakan puteri UMNO Sabah dan Puteri-puteri UMNO Bahagian yang jelas menunjukkan perpaduan, kesatuan dan melaksanakan program serta tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Turut hadir dalam Majlis tersebut, Aziah Atoh  Pen Setiausaha Puteri Negeri merangkap Ketua Puteri Sepanggar, Nazlia Ali Ketua Penarangan Puteri sabah merangkap ketua puteri Tawau yang juga kakak angkat Puteri Zon 3, Dg Maimunah Sidek Exco puteri UMNO Malaysia merangkap ketua puteri Sipitang, Saridah DSP Mohd Dun Ketua Puteri UMNO Beaufort, Sadah sarzaman Ketua puteri Kimanis, Surianti Adam Ketua Puteri Papar, Normala rasick Ketua puteri Kudat, dan Inahwyati Jaini ketua puteri Tenom. Turut hadir jawatankuasa Pergerakan puteri UMNO bahagian-bahagian Zon 3.

1 ulasan:

  1. Baguslah tu, dah mula sedar akan satu peranan dan usaha dakwah iaitu amal maaruf wa nahi mungkar. teruskan perjuangan mengajak orang islam baka dan keturunan kepada amalan islam yang syamil wal kamil serta mencegah kepada mungkar bermula dari mungkar al akbar. Allah hu akbar....Selamat Beribadah dibulan ramadhan..

    BalasPadam