Isnin, 22 Ogos 2011

PUTERI UMNO BEAUFORT SAMPAIKAN SUMBANGAN

keratan akbar utusan Borneo 22hb ogos 2011
BEAUFORT: Seramai 80 orang pesakit yang sedang dirawat di Hospital Daerah Beaufort termasuk mereka yang menjalani pembersihan darah (hemodialisis) bagi pesakit pinggang menerima sumbangan hamper dan wang tunai dari Pergerakan Puteri uMNO Beaufort.

Lawatan awal pergerakan itu diketuai oleh Saridah Mohd Dun, naib Ketua Puteri Hayati Salim, serta barisan jawatankuasa .

Menurut Saridah yang juga Naib Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah , lawatan amal itu adalah program tahunan pergerakan berkenaan lebih-lebih lagi semasa umat Islam menyambut perayaan Aidil Fitri yang menjelang tiba

" kita faham tidak semua insan dapat merayakan hari yang mulia ini, ada antara kita yang ditimpa musibah seperti  sakit dan sebagainya

" justeru , melalui ziarah dan sedikit sumbangan ini dapat juga meringankan beban mereka di samping memberikan keceriaan untuk mwreka kongsikan kemeriahan Hari Raya tahun ini" katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan